Sunday 10 April 2011

Superhero !


Umum mengetahui bahawa superhero adalah manusia yang mempunyai kelebihan luar biase atau bahasa mudahnya , ada POWER istimewa . Setiap power adalah berbeza-beza dan ada yang tidak mempunyai power tetapi mempunyai kemahiran yang tinggi seperti IRON MAN . Selain itu , BATMAN juga tidak mempunyai kuasa istimewa tetapi dianugerahkan dengan kekayaan yang mampu utk memiliki apa yg dihajati . tapi tidak seperti SUPERMAN , walaupun mempunyai power tapi tetap ada kelemahan .

Untuk maklumat lebih lanjut klick link ini ->Superhero

Nape aku tibe-tibe cakap pasal superhero ni ? dah mcm budak2 plak kan ? bukan apa , kite sume mesti pernah melalui zaman kanak-kanak ribena dan mesti setiap seorang daripada kita mempunyai SUPERHERO pujaan masing-masing sampai ke hari ini kan ?

Entry hari ini ada berkaitan dengan SUPERHERO kerana aku mmg berminat dan seringkali membayangkan mahu menjadi seperti mereka . Pernah masa kecik2 dulu aku bercita-cita nak jadi SUPERHERO . adush . lawak btol kalu diingatkan balik . sadis2 !

Sebenarnya post kali ini berkaitan dgn org yg paling ISTIMEWA dlm hidup aku . Post ini memang ditujukan utk beliau sebagai renung2an . 
To be continued . . .

Jgn isau , bukan pada masa akan dtg tapi kat bawah ni jer . berikut adalah SUPERHERO yg berkaitan dengan post kali neyh . ZASSS ~

SUPERMAN !

Sape yg tak kenal SUPERMAN ni aku tak tau ar nak cakap camne , maybe beliau tak amek tau langsung tentang hal dunia kot . Seperti sume org tahu , SUPERMAN superhero yg terkenal kerna berseluar dalam di luar yg mempunyai tenaga yang sangat kuat yakni boleh mengangkat kapal terbang dgn menggunakan satu jari jer , boleh terbang DLL . 

Sayang , walaupun aku tak segagah SUPERMAN , aku akan tetap jaga kamu sedaya upaya , akan ku gunakan segala kudrat yg ada utk mempertahankan kamu dari segala marabahaya . Walaupun aku tidak dapat terbang dan bersama mu setiap masa , tapi aku akan pastikan yg aku ada disisi kamu setiap kali kamu dalam kesusahan .

SPIDERMAN !
SPIDERMAN adalah manusia yg dikurniakan dengan kuasa labah2 yg boleh melompat dari bangunan ke bangunan , boleh mengangkat beban yg lebih berat dr berat badan dan mampu mengesan bahaya yg akan datang . Tapi kadang2 ku fikir-fikir jugak , camne lah kalu beliau duk kat kampung , tkkn nak melompat dr rumah ke rumah kot ? hahaha

Sayang , walaupun aku tidak dapat mengesan bahaya yg akan datang seperti SPIDERMAN tapi aku akan cuba sedaya upaya hindarkan kamu dari bahaya . Walaupun aku tak dapat bawak kamu bersiar-siar melalui atas bangunan tapi aku akan bawak kamu bersiar-siar melalui bawah bangunan .

THE FLASH !
THE FLASH adalah manusia yg dianugerahkan dengan kelajuan tahap tertinggi yg melepasi tahap normal seorang manusia biasa . Beliau boleh berlari dengan pantas seperti kilat . Memang jaguh pecut no.1 dunia !

Sayang , walaupun aku tidak sepantas THE FLASH tapi aku akan dgn pantasnya berda disisi kamu jika kamu dalam kesusahan . Aku tidak akan berlengah jika kamu memerlukan aku . Sekelip mata akan ku bersama dgn mu .

KELUANG MAN !
Keluang adalah binatang seperti kelawar tetapi mempunyai badan lebih besar namun tabiatnya masih sepeti kelawar . Ia biasanya ditemui di Asia dan hutan2 tropika . KELUANG MAN adalah SUPERHERO Malaysia yg tidak mempunyai kuasa istimewa cuma mempunyai kemahiran dalam ilmu mempertahankan diri tetapi di masukkan ke wad orang gila kerana satu kemalangan . Bermula dari situlah , pada setiap malam beliau akan membanteras jenayah bersama rakan karibnya , TIONG MAN(tiada dalam gambar)

Sayang , memang aku gila sebab aku memang betul2 gilakan kamu . Aku memang sanggup berjaga malam utk menemani kamu . Yg ku mahu hanya bersama kamu .


Kesimpulannya , walaupun aku bukan SUPERHERO di mata semua tetapi aku ingin memjadi SUPERHERO di mata mu sayang . Aku akan buat apa saje utk kamu . Selamanya . Walupun aku tidak mempunyai sebarang keistimewaan , kekuasaan , kelebihan tapi aku akan terus cuba dan cuba dan cuba utk buat hari kamu jadi lebih bermakna . I'm Ordinary Person With Your Extraordinary Love . Your Love Is My Power !

*p/s : With Great Power Comes Great Responsibility . JOM TGK MOVIE SUPERHERO !

~ LAYANG ~

No comments:

Post a Comment