Monday, 11 April 2011
Manchester united FC !
YOISH ! Inilah kelab bola sepak kegemaran aku sejak kecik lagi ! Yes , sejak kecik lagi , aku ade bukti iaitu sepasang jersi MU yg mase tu ditaja oleh SHARP . Dah lame tu , dalam tahun 1994 lg rasenyer .
Aku tak tau nape aku minat sgt kat MU neyh , tetapi Mu selalu tk mengecewakan aku . Tgk sajelah result dyeorg setiap minggu . MU selalunya akan wt weekend aku terisi dgn kegembiraan . Tapi walaupun kalah aku akan tetap sokong MU sampai bebile coz I'M DIE HARD FAN ! hahaha
Faktor lain yg aku rase adalah MU besenyer akan ada player yg wt korang sume nak tgk dye men . Sebagai contoh yg paling dekat adalah CR7 . Bagi aku MU club yg bijak berbelanja . Beli Murah2 Jual Mahal2 !
Korang penah tak ase ape yg aku rase ni iaitu korang akan rase berdebar semasa menonton perlawanan Mu dan akan menjerit diluar kesedaran . Korang jugak terase yg korang seperti berada di sane walhal berada berjuta-juta kilometer jauh . pelik kan ? tulah minat kot .
Kalu korang nak tahu dgn lebih lanjut pencapaian MU bley klick link neyh , kalu aku nak citer kat sni mmg takkan hbis aku melalut sampai kelaut ! --> Pengenalan Lengkap Tentang MU !
Link2 ini plak untuk peminat2 MU berhubung . GGMU !
BLOG utk Penyokong ! = http://mymanutd.com/blog/
Laman WEB rasmi ! = http://www.manutd.com/Splash-Page.aspx
Facebook Fans ! = http://www.facebook.com/ManUtd1878?ref=ts
Sebelom kite mengakhiri topik ini jom same2 nyanyi lagu MU . hahaha
play/station : dalam hidup ni byk bnde yg boleh buat kite lupe masalah buat seketika waktu . oleh itu carilah jalan penyelesaian sebaik mungkin . =)
Sunday, 10 April 2011
Superhero !
Untuk maklumat lebih lanjut klick link ini ->Superhero
Nape aku tibe-tibe cakap pasal superhero ni ? dah mcm budak2 plak kan ? bukan apa , kite sume mesti pernah melalui zaman kanak-kanak ribena dan mesti setiap seorang daripada kita mempunyai SUPERHERO pujaan masing-masing sampai ke hari ini kan ?
Entry hari ini ada berkaitan dengan SUPERHERO kerana aku mmg berminat dan seringkali membayangkan mahu menjadi seperti mereka . Pernah masa kecik2 dulu aku bercita-cita nak jadi SUPERHERO . adush . lawak btol kalu diingatkan balik . sadis2 !
Sebenarnya post kali ini berkaitan dgn org yg paling ISTIMEWA dlm hidup aku . Post ini memang ditujukan utk beliau sebagai renung2an .
To be continued . . .
Jgn isau , bukan pada masa akan dtg tapi kat bawah ni jer . berikut adalah SUPERHERO yg berkaitan dengan post kali neyh . ZASSS ~
SUPERMAN !
Sape yg tak kenal SUPERMAN ni aku tak tau ar nak cakap camne , maybe beliau tak amek tau langsung tentang hal dunia kot . Seperti sume org tahu , SUPERMAN superhero yg terkenal kerna berseluar dalam di luar yg mempunyai tenaga yang sangat kuat yakni boleh mengangkat kapal terbang dgn menggunakan satu jari jer , boleh terbang DLL .
Sayang , walaupun aku tak segagah SUPERMAN , aku akan tetap jaga kamu sedaya upaya , akan ku gunakan segala kudrat yg ada utk mempertahankan kamu dari segala marabahaya . Walaupun aku tidak dapat terbang dan bersama mu setiap masa , tapi aku akan pastikan yg aku ada disisi kamu setiap kali kamu dalam kesusahan .
SPIDERMAN !
SPIDERMAN adalah manusia yg dikurniakan dengan kuasa labah2 yg boleh melompat dari bangunan ke bangunan , boleh mengangkat beban yg lebih berat dr berat badan dan mampu mengesan bahaya yg akan datang . Tapi kadang2 ku fikir-fikir jugak , camne lah kalu beliau duk kat kampung , tkkn nak melompat dr rumah ke rumah kot ? hahaha
Sayang , walaupun aku tidak dapat mengesan bahaya yg akan datang seperti SPIDERMAN tapi aku akan cuba sedaya upaya hindarkan kamu dari bahaya . Walaupun aku tak dapat bawak kamu bersiar-siar melalui atas bangunan tapi aku akan bawak kamu bersiar-siar melalui bawah bangunan .
THE FLASH !
THE FLASH adalah manusia yg dianugerahkan dengan kelajuan tahap tertinggi yg melepasi tahap normal seorang manusia biasa . Beliau boleh berlari dengan pantas seperti kilat . Memang jaguh pecut no.1 dunia !
Sayang , walaupun aku tidak sepantas THE FLASH tapi aku akan dgn pantasnya berda disisi kamu jika kamu dalam kesusahan . Aku tidak akan berlengah jika kamu memerlukan aku . Sekelip mata akan ku bersama dgn mu .
KELUANG MAN !
Keluang adalah binatang seperti kelawar tetapi mempunyai badan lebih besar namun tabiatnya masih sepeti kelawar . Ia biasanya ditemui di Asia dan hutan2 tropika . KELUANG MAN adalah SUPERHERO Malaysia yg tidak mempunyai kuasa istimewa cuma mempunyai kemahiran dalam ilmu mempertahankan diri tetapi di masukkan ke wad orang gila kerana satu kemalangan . Bermula dari situlah , pada setiap malam beliau akan membanteras jenayah bersama rakan karibnya , TIONG MAN(tiada dalam gambar)
Sayang , memang aku gila sebab aku memang betul2 gilakan kamu . Aku memang sanggup berjaga malam utk menemani kamu . Yg ku mahu hanya bersama kamu .
Kesimpulannya , walaupun aku bukan SUPERHERO di mata semua tetapi aku ingin memjadi SUPERHERO di mata mu sayang . Aku akan buat apa saje utk kamu . Selamanya . Walupun aku tidak mempunyai sebarang keistimewaan , kekuasaan , kelebihan tapi aku akan terus cuba dan cuba dan cuba utk buat hari kamu jadi lebih bermakna . I'm Ordinary Person With Your Extraordinary Love . Your Love Is My Power !
*p/s : With Great Power Comes Great Responsibility . JOM TGK MOVIE SUPERHERO !
Saturday, 9 April 2011
Uji Otak Anda !
Izinkan aku meminjam masa korang semua sekejap . Tak Lama , dalam masa 5-10 minit je . Mari kita sama uji otak kita .
Tapi sebelum itu . Mari kite tengok dlu bntuk fizikal otak kite yg sebenar . JOMMM !
Aku nak bagi penerangan banyak2 pon aku tak penah amek biologi , cume adalah belajar sains sket2 dlu . So , korang bace jelah apa yang tertulis dekat gambar 2 . hehehe
okeyh . sekarang kita masuk kepada ujian minda . JOMMM !
Cuba perhatikan gambar di bawah ini . . .
Selamat mencuba . . .
*p/s : dalam hidup ni bukan fizikal je kena bersenam tapi otak pun kne gak .
~ LAYANG ~
Saya Budak Baru Belajar !
Dua tiga buah cempelak di luar pagar,(jiran sebelah punye)
Amek galah tolong jolokkan,(ala2 men snooker)
Saya budak baru belajar ,
Kalau salah jangan gelakkan .
Ingatkan senang lah buat menatang blog ni , rupe2nyer ia memerlukan kemahiran , fokus , daya pemikiran , dll . Ku fikir fikir , ku fikir fikir camne lah nak buat blog yg menarik tertarik ko memang tembam . Oleh itu , aku kena lah rajin buat rujukan dengan otai2 atau org lame dalam dunie ni . Akan ku berusaha bersungguh-sungguh . GAMBATEI !
*Nota kaki/tangan : Barangsiapa yang ingin menolong adalah amat dialu2kan , Kerjasama dari pihak anda amat saya hargai . sekian .
~LAYANG~
Ini adalah blog Khairul Ikmal !
Wahai rakyat2 jelata sekalian , dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa Khairul Ikmal bin Muhamad Safiei telah mempunyai sebuah blog . Macam tak percaya je boleh ada blog dah sekarang , maybe korang semua dah lama ada , tapi aku baru merangkak dalam dunia blogger ini .
Di bawah ini aku sertakan perasaan atau pandangan aku tentang penglibatan aku dalam dunia blogger neyh . Mungkin korang pun berfikiran sedemikian . Mari kite tengok sape yang kene !
a ) Eleyh , hangat shit chicken je beliau neyh . bukan kekal lama puuunnn , tengok ar sebulan dua , takpun seminggu dua . hahaha
b ) Dah takde keje lain ke nak buat ? dari taip blog , baik ko gi taip esaikmen , takpun tulis RPH . lalala
c ) Bagus2 , dah maju sekarang , semoga akan bertambah baik dari semasa ke semasa . CHAIYOK DER !
d ) Buatlah ape ko nak buat , ade aku kesah . hahaha !
e ) sila tambah di bahagian komen .
Sehingga bertemu lagi di masa akan datang .
~LAYANGGG ~
Subscribe to:
Posts (Atom)

















